2009年7月16日星期四

Hari Pertama Cik Noorazura Memberi Kuliah

15 July 2009
Hari ini merupakan kali yang pertama bagi saya mendengar kuliah Cik Noorazura dalam kursus teknologi komunikasi. Sebelum cik mengulia, cik memberikan penjelasan terhadap tugasan bagi kursus teknolog komunikasi. Kerja kursus yang perlu saya buat sepanjang sementer adalah berikutnya:
Yang pertamanya merupakan apa yang saya buat sekarang iaitu menulis blog selepas menghadiri kulia bagi kursus ini. Keduanya adalah saya perlu mencari satu journal yang mengenai teknologi komunikasi dan membuat satu rumusan bagi journal tersebut. Dan perlu hantar pada 27 July 2009. Ketiga adalah membuat satu kajian tentang komunikasi dan networks yang terbaru pada masa kini dan membuat satu laporan. Ketiga-tiga tugasan ini merupakan kerja tugasan individu. Bagi tugasan kumpulan pula adalah kumpulan perlu mencari satu produk teknologi yang baru sepert laptod, telefon bimbit, cd player dan sebagainya untuk membuat analisis terhadap produk yang dipilih oleh kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 ahli.
Selepas itu, Cik Noorazura memberi penerangan terhadap apa itu teknologi komunikasi. Topiknya ialah Pengenalan kepada Komunikasi. Topik ini merupakan satu pengenalan terhadap teknologi komunikasi. Pertamanya, ialah takrifan kumunikasi. Dan seterusnya ialah model komunikasi. Dengan ini saya dapat mengetahui terdapat beberapa model yang berbeza. Contohnya model Lasswell mengatakan bahawa komunikasi adalah satu hala sahaja. Selain itu, Cik Noorazura juga menerangkan konsep-konsep teknologi komunikasi iaitu telekomunikasi, model telekomunkasi, konsep analog dan digital, fungsi teknologi komunikasi, ciri-ciri teknologi komunikasi dan lain-lain lagi. Cik Noorazura telah memberikan kami satu soalan iaitu faedah dan keburukan bagi media cetak dan media eletronik. Bagi pendapat saya, kebaikan media cetak adalah, kita boleh membaca media cetak bila-bila masa sahaja. Sebab, media cetak tdak perlu bergantung kepada alat-alat yang lain baru dapat berfungsi berbandingkan dengan media eletronik, contohnya email, kita tidak boleh membaca email kita sesuka hati kerana email memerlukan komputer atau laptod untuk membukanya. Selain itu, walaupun terdapat laptod atau notebook yang senang dibawa, kita juga tidak mungkin membaca email kita sesuka hati sebab bukannya semua tempat mempunyai perkhimatan wireless. Sebagai contohnya, semasa kita menunggu bas, kita boleh membaca suratkhabar di samping itu kita juga dapat information baru. Keburukannya adalah, maklumat yang disampaikan oleh media cetak adalah lambat berbanding dengan media eletronik. Contohnya, akbar yang akan cetak pada hari ini dan dijual pada hari keesokannya, tetapi kita dapat berita atau maklumat terkini melalui internet. Keburukan bagi media eletronik ialah produk-produk eletronik akan menjejaskan kesihatan kita. Sebab produk-produk eletronik akan membebaskan sinaran radiation yang akan menyebabkan penyakit kanser.
Kuliah kami diakhir dengan bahagi kumpulan. Maka, tamatlah kulia pada hari 15 July.

1 条评论: