2009年7月8日星期三

Aktiviti Mengenali Rakan Sekelas Saya

8 Jun 2009
Hari tersebut merupakan kali yang pertama saya menghadiri ke kelas Cik Noorazura iaitu teknologi komunikasi. Cik Noorazura telah mengadakan satu aktiviti. Tujuan aktiviti tersebut adalah membolehkan rakan-rakan dan saya mengenali rakan sekelas kami. Pada mulanya kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan kami semua diberikan satu tugasan iaitu bertanya tentang nama, hobi, cita-cita, warna yang digemari dan tempat yang digemari bagi rakan kumpulan masing-masing. Selepas itu, Cik Noorazura memaggil seorang rakan daripada setiap kumpulan untuk memberitahu kami semua bahawa nama atau cita-cita mereka.

Bagi pendapat saya, melalui aktiviti ini saya dapat mengenali kawan yang baru. Selain itu, ini juga dapat melatih saya lebih berani bertanya terhadap orang lain. Sebab, saya berasa takut untuk mengenali kawan yang baru, tetapi dengan aktiviti ini, saya terpaksa menanya terhadap rakan untuk mengetahui nama mereka. Selain itu, saya juga dapat belajar tentang teknik untuk berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya, dalam aktiviti ini, saya perlu menanya. Oleh itu, cara untuk menanya adalah penting. Semasa kita menanya seseorang itu, kita perlu bersopan santun dan beramah mesrah. Bukan sahaja dalam bertanya tetapi juga adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Sebabnya, kita perlu berkomunikasi dengan orang setiap hari. Oleh itu, kita perlu sopan dan menghormati orang lain semasa berkomunikasi dengan orang.

Selain itu, saya dapati bahawa kami hanya berkumpulan dengan rakan yang kami kenali saya dan juga bekumpulan dengan satu kaum sahaja, begitu juga dengan saya. Dengan aktiviti ini, saya dapat mengenali kawan-kawan kaum yang lain contohnya kaum melayu dan india. Selain itu, saya juga dapat mengenali kawan-kawan yang berasal dari tempat yang berbeza. Contohnya, Sabah, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat mengetahui budaya-budaya tempatan yang berbeza walaupun kita semua orang Malaysia. Contohnya, tembikai dalam bahasa Kelantan adalah "timun cina". Perkataan ini adalah salah seorang kawan Melayu yang berasal dari Kelantan memberitahu saya.

Bagi pendapatan saya, kita perlulah mengenali rakan-rakan yang lain walaupun tidak ada aktiviti begini. Kaum cina terdapat satu ayat yang berkata bahawa, apabila kita berada di rumah, ibu bapa yang menjaga kita, apabila kita berada di luar, kawan pula yang menjaga kita. Sebabnya, rakan-rakan yang kita mengenali akan membantu kita apabila kita menghadapi masalah begitu juga dengan kita, apabila kawan kita menghadapi masalah kita juga perlu menolong mereka.

Inilah yang saya dapat dan pandangan saya daripada aktiviti ini. Sekian......

没有评论:

发表评论