2009年7月22日星期三

Sejarah terhadap Teknologi Komunikasi

22 July 2009

Pada kuliah malam ini, saya telah mengenai tentang sejarah terhadap teknologi komunikasi. Selain itu, saya juga terdapat pengetahuan terdapat evolusi teknologi komunikasi dan peranan teknologi komunikasi melalui sejarah komunikasi. Dengan kuliah hari ini, saya dapat mengetahui terdapat 5 era komunikasi, iaitu komunikasi suara, komunikasi pelukisan, komunikasi percetakan, telekomunikasi dan komunikasi interaktif. Dalam kuliah hari ini, saya dapat mengetahui bahawa rupa-rupanya komunikasi suara adalah bermula sejak 200,000tahun s.m. Selepas itu, wujud komunikasi pelukisan pada 10,000 tahun s.m. Iaitu petroglyphs. Kemudian, wujudnya piclogram yang lebih sistematic pada 9000 tahun s.m. Yang akhirnya wujud ideograms yang merekodkan idea orang masa dahulu.

Dalam aspek mengenali pencipta yang mencipta alat-alat teknologi komunikasi, saya berpendapat bahawa kita hendaklah sentiasa beryakin diri dan berusaha untuk mencapai keinginan kita. Contohnya Edison yang mencipta mentol lampu. Semasa beliau terdapat rangkain untuk mencipta lampu, terdapat banyak orang tidak percayai beliau sebab mereka anggap inilah "mession impossible".Tetapi Edison pula tidak berasa kecewa dan beliau terus membuat kajian terhadap membuat lampu. Akhirnya melalui sebanyak 1000 kali ujian, beliau berjaya mencipta lampu dan tidak begitu sahaja, kajian beliau tidak berhenti-henti. Edison sentiasa berubah suai ciptaannya bertujuan membawa lebih banyak kemudahan kepada manusia. Contoh ini bukan sahaja digunakan dalam ciptaan, tetapi juga dalam cara kita berhidup. Contohnya, Edison telah mencipta fonograf, maka Alaxender Graham Bell telah mengubahsuaikan fonograf itu dan telah mencipta telefon. Ini merupakan satu evolusi dalam teknologi komunikasi.

Pada pendapat saya, sebab manusia yang sentiasa mengejar kemudahan dan keselesaan , maka evolusi dalam teknologi adalah sangat pesat terutamanya dalam bidang teknologi komunikasi. Contohnya wujudnya computer, telefon bimbit yang pelbagai fungsi, internet dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan manusia sentiasa berkomunikasi dengan menggunakan alat teknologi. Ininya yang saya dapat dalam kuliah bagi hari ini.

2009年7月16日星期四

Hari Pertama Cik Noorazura Memberi Kuliah

15 July 2009
Hari ini merupakan kali yang pertama bagi saya mendengar kuliah Cik Noorazura dalam kursus teknologi komunikasi. Sebelum cik mengulia, cik memberikan penjelasan terhadap tugasan bagi kursus teknolog komunikasi. Kerja kursus yang perlu saya buat sepanjang sementer adalah berikutnya:
Yang pertamanya merupakan apa yang saya buat sekarang iaitu menulis blog selepas menghadiri kulia bagi kursus ini. Keduanya adalah saya perlu mencari satu journal yang mengenai teknologi komunikasi dan membuat satu rumusan bagi journal tersebut. Dan perlu hantar pada 27 July 2009. Ketiga adalah membuat satu kajian tentang komunikasi dan networks yang terbaru pada masa kini dan membuat satu laporan. Ketiga-tiga tugasan ini merupakan kerja tugasan individu. Bagi tugasan kumpulan pula adalah kumpulan perlu mencari satu produk teknologi yang baru sepert laptod, telefon bimbit, cd player dan sebagainya untuk membuat analisis terhadap produk yang dipilih oleh kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 ahli.
Selepas itu, Cik Noorazura memberi penerangan terhadap apa itu teknologi komunikasi. Topiknya ialah Pengenalan kepada Komunikasi. Topik ini merupakan satu pengenalan terhadap teknologi komunikasi. Pertamanya, ialah takrifan kumunikasi. Dan seterusnya ialah model komunikasi. Dengan ini saya dapat mengetahui terdapat beberapa model yang berbeza. Contohnya model Lasswell mengatakan bahawa komunikasi adalah satu hala sahaja. Selain itu, Cik Noorazura juga menerangkan konsep-konsep teknologi komunikasi iaitu telekomunikasi, model telekomunkasi, konsep analog dan digital, fungsi teknologi komunikasi, ciri-ciri teknologi komunikasi dan lain-lain lagi. Cik Noorazura telah memberikan kami satu soalan iaitu faedah dan keburukan bagi media cetak dan media eletronik. Bagi pendapat saya, kebaikan media cetak adalah, kita boleh membaca media cetak bila-bila masa sahaja. Sebab, media cetak tdak perlu bergantung kepada alat-alat yang lain baru dapat berfungsi berbandingkan dengan media eletronik, contohnya email, kita tidak boleh membaca email kita sesuka hati kerana email memerlukan komputer atau laptod untuk membukanya. Selain itu, walaupun terdapat laptod atau notebook yang senang dibawa, kita juga tidak mungkin membaca email kita sesuka hati sebab bukannya semua tempat mempunyai perkhimatan wireless. Sebagai contohnya, semasa kita menunggu bas, kita boleh membaca suratkhabar di samping itu kita juga dapat information baru. Keburukannya adalah, maklumat yang disampaikan oleh media cetak adalah lambat berbanding dengan media eletronik. Contohnya, akbar yang akan cetak pada hari ini dan dijual pada hari keesokannya, tetapi kita dapat berita atau maklumat terkini melalui internet. Keburukan bagi media eletronik ialah produk-produk eletronik akan menjejaskan kesihatan kita. Sebab produk-produk eletronik akan membebaskan sinaran radiation yang akan menyebabkan penyakit kanser.
Kuliah kami diakhir dengan bahagi kumpulan. Maka, tamatlah kulia pada hari 15 July.

2009年7月8日星期三

Aktiviti Mengenali Rakan Sekelas Saya

8 Jun 2009
Hari tersebut merupakan kali yang pertama saya menghadiri ke kelas Cik Noorazura iaitu teknologi komunikasi. Cik Noorazura telah mengadakan satu aktiviti. Tujuan aktiviti tersebut adalah membolehkan rakan-rakan dan saya mengenali rakan sekelas kami. Pada mulanya kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan kami semua diberikan satu tugasan iaitu bertanya tentang nama, hobi, cita-cita, warna yang digemari dan tempat yang digemari bagi rakan kumpulan masing-masing. Selepas itu, Cik Noorazura memaggil seorang rakan daripada setiap kumpulan untuk memberitahu kami semua bahawa nama atau cita-cita mereka.

Bagi pendapat saya, melalui aktiviti ini saya dapat mengenali kawan yang baru. Selain itu, ini juga dapat melatih saya lebih berani bertanya terhadap orang lain. Sebab, saya berasa takut untuk mengenali kawan yang baru, tetapi dengan aktiviti ini, saya terpaksa menanya terhadap rakan untuk mengetahui nama mereka. Selain itu, saya juga dapat belajar tentang teknik untuk berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya, dalam aktiviti ini, saya perlu menanya. Oleh itu, cara untuk menanya adalah penting. Semasa kita menanya seseorang itu, kita perlu bersopan santun dan beramah mesrah. Bukan sahaja dalam bertanya tetapi juga adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Sebabnya, kita perlu berkomunikasi dengan orang setiap hari. Oleh itu, kita perlu sopan dan menghormati orang lain semasa berkomunikasi dengan orang.

Selain itu, saya dapati bahawa kami hanya berkumpulan dengan rakan yang kami kenali saya dan juga bekumpulan dengan satu kaum sahaja, begitu juga dengan saya. Dengan aktiviti ini, saya dapat mengenali kawan-kawan kaum yang lain contohnya kaum melayu dan india. Selain itu, saya juga dapat mengenali kawan-kawan yang berasal dari tempat yang berbeza. Contohnya, Sabah, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat mengetahui budaya-budaya tempatan yang berbeza walaupun kita semua orang Malaysia. Contohnya, tembikai dalam bahasa Kelantan adalah "timun cina". Perkataan ini adalah salah seorang kawan Melayu yang berasal dari Kelantan memberitahu saya.

Bagi pendapatan saya, kita perlulah mengenali rakan-rakan yang lain walaupun tidak ada aktiviti begini. Kaum cina terdapat satu ayat yang berkata bahawa, apabila kita berada di rumah, ibu bapa yang menjaga kita, apabila kita berada di luar, kawan pula yang menjaga kita. Sebabnya, rakan-rakan yang kita mengenali akan membantu kita apabila kita menghadapi masalah begitu juga dengan kita, apabila kawan kita menghadapi masalah kita juga perlu menolong mereka.

Inilah yang saya dapat dan pandangan saya daripada aktiviti ini. Sekian......