2009年10月3日星期六

10 September 2009

Post ini saya lewat untuk update. Kuliah tersebut adalah tentang statelit. Dalam penerangan Cik Noorazura, barulah saya dapati rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis statelit. Contohnya satelit astronomi, statelit komunikasi, statelit pandu arah dan sebagainya. Statelit-statelit tersebut tersebut mempunyai kegunaannya yang berbeza. Sebagai contoh, statelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain dan statelit komunikasi pula digunakan untuk tujuan telekomunikasi . Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi. Cik Noorazura juga memberi satu tugasan kepada kumpulan kami. Iaitu membuat satu pembentangan mengenai tajuk yang diperolehi oleh kumpulan masing-masing. Tajuk bagi kumpulan saya ialah Jurang Digital.

没有评论:

发表评论